Thursday, March 5, 2015

Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,...
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia."
Dia mengesat perlahan pipinya. Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia." :')

- nurul iman
Erti sepuluh A dalam SPM

ADA siapa yang tahu KBAT? Ketika setiap hari fikiran kita diasak oleh GST, NKRA, KDNK, JPJ, JKKK, CIMB, PTPTN, 1MDB, KPDNKK dan beribu-ribu lagi huruf singkatan, tentu tidak ramai yang peduli tentang KBAT.

Itu adalah singkatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan tahun lalu. Di bawah kaedah ini pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikehendaki menjawab soalan menggunakan fikiran dan tidak tertakluk kepada set jawapan yang telah ditetapkan.

SPM tahun lalu pertama kali soalan bercirikan KBAT diperkenalkan. Keputusan yang diumumkan dua hari lalu, ada sedikit kemerosotan. Seperti dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof pencapaian keseluruhan menurun.

Gred Purata Nasional (GPN) menurun sebanyak 0.15 mata dengan mencatat 5.08 berbanding 4.93 mata pada 2013. Bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran juga menurun, hanya 11,289 calon berbanding 13,970 calon pada 2013.

Prestasi menurun juga untuk subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains. Tetapi subjek Pendidikan Islam meningkat sebanyak 0.14 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu 4.28 mata berbanding 4.42 pada tahun 2013.

Mungkin faktor KBAT, tetapi menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kementeriannya juga akan mengkaji dengan lebih mendalam beberapa faktor lain yang menyumbang kepada turun naik keputusan peperiksaan.

Pada hemat saya biar menurun sedikit, KBAT membantu pelajar berfikiran lebih terbuka dalam menjawab soalan. Pada peringkat SPM mereka patut diajar berfikir lebih kreatif dan kritis.

Sebelum ini kaedah menjawab soalan seperti telah ditentukan set jawapan. Sebab itu ramai pelajar mengambil jalan pintas dengan merujuk contoh soalan dan contoh jawapan untuk peperiksaan tahun-tahun sebelumnya.

Sesetengahnya mendapat keputusan cemerlang berpandukan kepada soalan-soalan ramalan ini. Ramai juga yang cemerlang kerana soalan bocor yang menjadi semacam budaya dalam dunia peperiksaan di tempat kita.

Biar kurang dapat A asalkan pelajar boleh berfikir dan tidak tertakluk hanya kepada buku-buku teks yang tebal. Bukan tidak perlu buku teks, tetapi pelajar juga perlu menambah pengetahuan dengan keprihatinan terhadap benda-benda lain di keliling mereka. Selain akademik mereka juga perlu membiasakan dan menyesuaikan mental dan fizikal terhadap ciri-ciri lain dalam kehidupan.

Masalah orang kita, terutama ibu bapa, ialah tumpuan diberikan supaya anak-anak mereka mendapat banyak A. Kalau dapat 10 A itu satu kejayaan besar, kalau dapat 15 lagi megah. Pelajar dan ibu bapa – lebih-lebih lagi ibu! – boleh masuk surat khabar dan TV.

Bagi ibu bapa memperoleh banyak A adalah jaminan kehidupan atau masa depan yang lebih baik untuk anak-anak. Kalau tidak ada A, gelaplah masa depan. Apakah benar?

Apa pun seperti yang dibuktikan oleh angka-angka keputusan SPM yang baru diumumkan masih baik, kurang sedikit sahaja dari tahun sebelumnya. Ertinya KBAT tidak menjejaskan prestasi pelajar.

Daripada sejumlah 455,839 calon yang menduduki peperiksaan tahun lalu 11,289 memperoleh keputusan semua A. Syabas kepada mereka yang meraih banyak A. Tetapi perlu diingat A sahaja tidak mencukupi untuk meneroka global. Perlu tingkatkan juga kemahiran-kemahiran lain.

Maka teringat saya zaman SPM tiga empat dekad dulu. Bersama saya di sebuah sekolah kampung ada kira-kira 100 orang menduduki peperiksaan penting itu. Tidak ada seorang pun mendapat gred 1. Tiga orang mendapat gred 2, yang lain-lain sama ada gred 3, atau gagal.

Saya mendapat gred 3, hanya sebutir A, subjek Bahasa Malaysia, tidak menangis pun. Sebaliknya yang mendapat gred 2 – semua pelajar perempuan – pula yang menangis teresak-esak. Saya memberitahu mereka: “Jangan menangis, tidak dapat gred 1 pun boleh hidup, boleh kahwin!”

Terbukti tanpa 10 A pun ramai kawan-kawan saya kini berjaya. Ada yang menjadi doktor, peguam, pensyarah, pegawai tentera. Ramai juga yang dulu kantoi kini menjadi usahawan berjaya.

Malah, beberapa orang yang dulu gagal SPM – semua dapat E – kini mengusahakan tanah kampung dengan tanaman sayur dan ternakan ayam, masing-masing menjadi tauke berpendapatan lumayan.

Pendek kata kalau belajar bersungguh pasti boleh mendapat 10, hatta 20 A dalam SPM. Tetapi, percayalah A keliling pinggang bukan jaminan hidup berjaya. Jadi, yang tidak dapat A jangan putus asa.

ABDUL JALIL ALI

Kadang-kadang ada sesetengah umat sibuk menyebarkan kisah aib orang lain, mengada-adakan kisah aib orang lain atau memburuk-burukkan orang lain.
Fikirlah sejenak, adakah kita ini suci? Adakah kita ini maksum tidak dosa atau kesilapan? Adakah kita ini sempurna?
Setiap perkara baik yang kita buat, Allah swt akan balas dan begitu juga sebaliknya. Dan Dia Maha Mengetahui setiap apa yang kita buat samada yang nyata atau tersembunyi.
...
Perbaiki diri dan koreksi diri.
Di dalam kubur dan di Mahsyar nanti yang ditanya dan ditimbang adalah amalan kita bukan tentang amalan orang lain.

- Azizan Osman

Sunday, January 25, 2015

salam..

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh ALLAH swt untuk terus berada dimukabumi ini untuk meneruskan kehidupan yang telah ditetapkan oleh NYA...

aku ingin meninggalkan pesan kepada semua..

agar semua mendapat sedikit kebaikan dari pesanan ini...

sering anda mendengar orang memperkatakan tentang surah al-kahfi.. diminta menghafal agar beroleh kebaikan diakhir zaman...

aku tidak menidakan.. sekiranya anda fikir itu yang terbaik untuk anda.. dipersilakan.. sila lah hafal.. dan baca..

tapi tahukah anda, apakah inti pati surah berkenaan... baca lah... faham lah...

apa yang saya hendak katakan di sini, pemuda-pemuda yang berada di dalam gua tersebut cuba untuk menyelamatkan iman mereka dengan menutup jalan-jalan yang boleh menimbulkan kemurkaan ALLAH swt.

untuk kita hari ini, bagaimana kita menangkis serangan-serangan yang boleh mengganggu gugat keimanan kita... adakah kita perlu berada didalam gua seperti pemuda-pemuda alkahfi..???

25112015....

Monday, November 24, 2014

harga sebuah syurga

salam,

harga sebuah syurga ...

bukan sama dengan harga
sebuah rumah atau
sebuah istana

atau sama dengan harga
sebuah kereta Ferrari
atau kereta-kereta mewah yang setara dengannya...

harga sebuah syurga

sama dengan
pengorbanan sebuah kehidupan

sama dengan
nyawa yang pergi bersama dengan iman

Anda..

Apa yang perlu
anda gadaikan bagi
sebuah syurga ....

                                                                      ..........241114

Thursday, August 21, 2014

Manusia...
diciptakan oleh Yang Maha Esa...

Terlalu unik

Ada yang baik...
Ada yang kurang baik...

kalau kita jumpa yang baik..
menitis air mata mengalir membasahi pipi...
Alhamdulillah..

kalau jumpa yang kurang baik...
sebak di dada menahan air mata....
Alhamdulillah..

Ujian dari Yang Satu

Ada yang membeli SYURGA..
dengan nyawa

Ada yang membeli Syurga
dengan harta

Aku...
tak punya apa-apa untuk kesana...

Wednesday, July 16, 2014

Ramadan...

Ramadhan...

Persepsi masing-masing...

satu bulan
tanpa makan dan minum di siang hari...
dan larangan-larangan yang lain..

Aku &
Ramadhan

merasa bangga dan terharu
Kerana...
... Seluruh umat ISLAM berpuasa

Semua tunduk dan patuh pada perintah MU
Berpuasa kerana perintah MU
Berbuka kerana suruhan MU

kerana
ALLAH Maha Berkuasa
menentukan segalanya ...

Ramadhan 2014...