TIPS Pelbagai....

1.Minyak Zaitun (Olive Oil)
Sebenarnya khasiat minyak zaitun terlalu luas....Tak terjangkau oleh pemikiran yang terhad ini.

Mungkin pada peringkat permulaan, semua orang tidak mengetahui khasiat dan kelebihan minyak zaitun...Begitu juga dengan saya.....Tapi... Alhamdulillah....

ALLAH telah membuka hati dan minda untuk menerima hakikat bahawa minyak zaitun adalah minyak yang terbaik untuk kita..... 

ALLAH telah meletakan perkataan ZAITUN di dalam ALQURAN....

"Demi buah tin dan zaitun....."

ALLAH telah meletakan nama buah tin dan buah zaitun di dalam ALQURAN.... Bukan nya buku tulisan siapa-siapa tetapi dalam ALQURAN. Ayat-ayat dari ALLAH S.W.T.

Gunakanlah minyak zaitun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

a. gunakan di bahagian kepala. untuk melebatkan rambut. DAN menjadikan rambut halus dan lembut. Untuk menghilangkan kutu anak-anak anda.... tidak perlu lah puan menggunakan bahan kimia. gunakan minyak zaitun, bahan semulajadi...

b. gunakan untuk melicinkan muka. untuk menghilangkan jerawat. menghilangkan kesan-kesan jerawat. awet muda.

c. menghilangkan penyakit-penyakit kulit. 
d. melembabkan kulit anda. menghilangkan rekahan-rekahan kulit. (keajaibannya ialah minyak zaitun cepat menyerap. Usap minyak zaitun pada kulit anda.)

e. Bagi sesiapa saja yang mengalamai masalah pori-pori yang besar di wajah anda, kecilkan dengan menggunakan minyak zaitun. Usapkan minyak zaitun dengan kapas setiap malam. lakukan setiap hari sehingga menampakan hasilnya. Selamat mencuba.

2.MINYAK HABBATUSSAUDA.

Kepada ibu-ibu dirumah yang risaukan kesihatan, di sini saya akan berikan beberapa tip untuk puan-puan.

1. pertamanya, bagi ibu-ibu yang tumit nya pecah-pecah atau merekah, sapukan lah setiap hari dengan minyak habatus sauda sehingga rekahan tersebut hilang. Juga ibu-ibu boleh menyapukan juga di tapak kaki yang kasar supaya ia lebih licin. 

2. Dapatkan kapsul halalgel habatussauda. makan lah setiap pagi atau petang. Insyaallah dapat menghilangkan masalah asma atau lelah.

Insyaallah......
selamat mengamalkannya..

3. DAUN PANDAN

Daun pandan dapat menjadikan bilik, rumah dan kereta anda berbau segar dan wangi. Ambilkan satu pokok daun pandan, basuhkan terlebih dahulu dan letakan di dalam kereta atau bilik. Insyaallah, bilik akan berbau segar. Bau dari daun pandan kering akan bertahan selama 2 -3 minggu.