NASIHAT kami

NASIHAT KAMI

1. Penuhi lah hajat seseorang, semoga ALLAH memenuhi hajat kita. walaupun kita rasa berat untuk melakukannya, buat lah sebaik mungkin dan ikhlaskan segala apa yang kita lakukan. kadang kala orang akan pandang rendah apa yang kita buat, tapi yakin lah, ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

2. bersedekah selalu semoga kita murah rezeki di dunia dan akhirat

3. berpuasa untuk ALLAH dan untuk kesihatan

4. penuhi masa yang terluang dengan sesuatu yang berfaedah

5. Sentiasalah berbuat kebaikan. Jangan lah berbuat kejahatan kerana ALLAH itu Maha Melihat walaupun di malam yang gelap sekalipun. Cari lah ruang dan peluang untuk berbuat kebaikan setiap hari terutamanya kepada keluarga, kaum kerabat dan juga orang sekeliling kita. Allah Maha Mengetahui, Maha Besar, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan ALLAH Maha ADIL.

6. Sentiasa lah buat yang terbaik tugas yang telah diamanahkan kepada kita, kerana kita tidak mahu apabila kita di usia senja, kita akan mengenangkan tugas-tugas yang kita telah diabaikan semasa dulu.

Kita adalah khalifah di muka bumi, pemimpin yang diberi tanggungjawab. Laksanakan lah tugas kita untuk membimbing orang di sekeliling dengan jalan yang terbaik. Bukan menunjuk-nunjuk yang kita berkuasa, tapi tunjukkan lah mereka jalan yang benar. Jalan yang di redhai ALLAH.
Mungkin sekarang kita berkuasa, tapi adakah ia akah kekal selama-lamanya?

Kita berkuasa, TAPI ALLAH S.W.T. lebih berkuasa.

7. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. baiki lah diri anda hari demi hari. ke arah yang lebih baik. Insyaallah.

8. Ingatlah mati. kerana orang yang BIJAK selalu mengingati MATI. Pada ketika anda mengingati mati, anda akan berzikir dan terus mengingati ALLAH. Anda ingin berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya supaya timbangan KEBAIKAN (PAHALA) anda akan lebih berat dari timbangan KEBURUKAN (DOSA) anda. Anda akan berasa takut sekiranya dimatikan hari ini atau esok, bagaimanakah kedudukan anda di akhirat.

9. Orang yang tidak bijak ialah orang yang tidak mengenal Tuhannya. Orang yang tidak bijak ialah orang yang tidak mengenal ALLAH S.W.T. Pencipta manusia dan pencipta seluruh alam ini.

10. Orang yang kurang bijak adalah orang yang kenal Tuhannya tapi mengisi masa yang diberikan oleh Tuhannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. "Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian......". Saya rugiiii, anda rugi..... kecuali kalau anda mengisi masa anda dengan perkara yang berfaedah... Contohnya... jangan hanya dengan paperwork semata-mata, sekiranya paperwork tersebut tidak membawa sebarang manafaat kepada manusia yang lain. Jadikan diri anda berguna di dunia. Jadikan diri anda ada manafaatnya.

11. Mengapa mengejar keduniaan.... sedangkan dunia berlari jauh meninggalkan kamu.. kejarlah ALLAH pasti dunia akan mengejarmu... Cari lah bekal yang terbaik ke akhirat agar dirimu mendapat tempat yang kekal di akhirat.. Syurga ALLAH.