
Salam.. pada anda diluar sana, pastikan di rumah anda ada menyimpan madu lebah untuk di minum. minum lah mengikut keperluan. khasiatnya pasti memberangsangkan. menjadikan kesihatan anda bertambah baik.
1. Untuk anak-anak, menajamkan minda dan memberikan kesihatan yang lebih baik terutamanya kanak-kanak yang sentiasa batuk. bancuh lah satu sudu madu dengan sedikit perahan air limau dalam segelas air dan berilah anak anda minum. lakukan selalu untuk menghilangkan batuk anak anda.
2. Madu juga dapat menghilangkan kahak bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kaedahnya seperti di atas. Bancuhlah madu dengan sedikit perahan air limau nipis. Minum lah selalu. Yakin anda akan sembuh, pasti Allah akan memberikan kesihatan yang terbaik untuk anda dan keluarga.
3. Madu boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. saya telah mencuba keatas dua orang anak saya. seorang yang terkena gunting dikepala, terus diletakan madu, pendarahan berhenti dalam tempoh 1 - 2 minit. kes yang kedua, pendarahan dikaki dihentak benda tajam, dan diletakan madu dan pendarahan berhenti selepas seketika. kesannya, tempat yang luka (terkoyak) bercantum dengan baik. Alhamdulillah, keajaiban Allah.
4. Madu juga boleh menjadi ubat melecur terkena benda panas seperti air panas, iron, pada anggota badan anda. sapukan madu pada tempat yang terkena panas. dan biarkan seketika. Tempat yang melecur tadi akan pulih seperti sediakala. tidak ada kesan yang mengelembung.
yakin lah dengan madu yang mana khasiatnya disebut dalam Al-Quran.
harapan saya ilmu ini dapat dipraktikan dalam kehidupan seharian anda dan saya tidak mengharapkan apa-apa dari anda dengan nasihat ini.
"sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali yang pesan memesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan pesan memesan (nasihat menasihati) dengan kesabaran."
wassalam.