Sunday, July 29, 2012

Assalamualaikum semua....

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga syawal ini memberikan kerahmatan kepada anda dan saya sekeluarga...

Kepada semua sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa saja yang mengenali diri ini, ku pohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah bicara dan halalkan makan dan minum...

Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH dan menjadi penghuni syurga yang kekal abadi....
Insyaallah, dikesempatan yang akan datang, resepi-resepi baru akan ditambah untuk tatapan anda... tatap boleh, kalau mencuba lagi baik....

Untuk pandai memasak, kita cuma perlu latihan... Masak lah selalu, pasti anda boleh jadi Chef dirumah anda sendiri....

Wassalam...

Sunday, July 22, 2012

Salam untuk semua umat Islam diseluruh dunia ini....

salam persahabatan seIslam dari kami. selamat menyambut bulan ramadan. hari ini hari kedua kita berpuasa....

mohon keikhlasan dan kemudahan / dipermudahkan dalam segala urusan ku di dunia ini. Ku ingin kan supaya masa diberikan oleh ALLAH kepada ku, tidak kan ku sia-siakan....

Ku mohon kepada ALLAH agar aku tidak merugikan kehidupan ku di dunia ini.... dengan benda-benda atau perkara-perkara yang langsung tidak mendatangkan manafaat kepada diri ku dan juga kepada orang lain......

Ku berdoa semoga pembaca juga akan menggunakan masa yang diberikan oleh ALLAH kepada perkara atau aktiviti yang berfaedah....

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang RUGI.

"Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian....."

Sunday, July 8, 2012

Salam semua,

Manusia sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah...

"Surat Al-Ma'arij Ayat 19: 'Sesungguhnya manusia itu bersifat keluh kesah lagi kikir, apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan "sholat"......."

keluh kesah dari ku...

masa begitu pantas berlalu.... satu semester sudah pun ku ditinggalkan di belakang dengan memegang jawatan yang tak sepatutnya dijawat..... Ya ALLAH... hambamu ini terawang-awang.

Hamba mu ini tak layak dengan jawatan yang diberi ini Ya ALLAH.

Ya ALLAH, kenapa lah keadaan ku menjadi keluh kesah, Ya ALLAH.

Aku ingin kembali ke keadaan asal. Di mana hatiku lebih tenang, aman dan tenteram.

Tapi sekiranya ini yang ditakdirkan oleh MU, ku terima dengan penuh redha. TAPI Ya ALLAH bantu lah hambamu ini meneruskan hari-hari yang ku jalani....

Permudahkanlah segala urusan ku. Sesungguhnya hanya KAU yang Maha Mengetahui perihal hambamu.